Saturday, February 27, 2010

Khalid Al Walid

Khalid al-Walid merupakan jeneral tentera Islam yg sangat digeruni, disegani dan diigaui oleh musuh-musuh Islam ketika itu. Dirinya penuh dengan strategi peperangan yg tidak akan kalah. Andai dia memimpin tentera Islam, dengan izin Allah, kemenangan pasti berpihak pada mereka.



Dalam satu peperangan pada zaman Saidina Umar al-Khattab dilantik menjadi khalifah, perkara pertama yang dilakukan oleh Saidina Umar al-Khattab ketika peperangan tersebut ialah melucutkan jawatan Khalid al-Walid.



Khalid al-Walid dengan senyum, meninggalkan serban yang melambangkan Jeneral Islam, dan diserahkan kepada Abu Ubaidah. Ahli tentera muslim yang lain kurang berpuas hati.



“Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasulullah SAW melucutkan jawatan Khalid al-Walid, siapa Umar untuk melucutkan jawatan jeneral Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?” kata mereka.


Khalid Al Walid masih senyum. “Apakah ada beza aku jeneral dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin.” Tenang beliau menjawab.



Mendengar kata-kata Khalid al-Walid, tentera Islam mendiamkan diri. Tapi hati masih penuh dengan rasa kurang berpuas hati. Lantaran ketidakpuasan hati, perkara tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam.
Saidina Umar hanya senyum pada awalnya. Tapi apabila fitnah semakin panas, dia berkata ,”Aku melucutkan jawatan Khalid Al-Walid kerana aku khuatir kamu akan berlaku syirik.”
“Kenapa pula kami boleh berlaku syirik bawah pimpinan Khalid al-Walid?”
Lantas jawab Saidina Umar, “Kerana aku takut kalian mengatakan kemenangan tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah.”
Sejak peristiwa tersebut, Saidina Umar digelar tobibul qulub.

Friday, February 26, 2010

Punca keruntuhan sistem khalifah islam di muka bumi

~SEJARAH KAMAL ATATURK ~

Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi).
Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki.
Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah.
Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam.
Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya.
Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis: 'Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.'
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M),
tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap.
Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):
Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel...... Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M).
Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M).
Kemudiannya, beliau telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika. Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.
Beliau telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan beliau selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.

Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah.
Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).
Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah.
Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli.

Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan.
Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik.
Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah. Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata,
Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah.

Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 - 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu.
Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera. Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun.

Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.
Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu.
Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menanggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menanggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.

Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek. Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini.
Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara.
Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai." Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan.
Ini berlaku apabila gerakan beliau telah diserati oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.

Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan.
Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir.
Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan. Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.
Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban,
Khalid Turki hidupkanlah kembali,
Khalid Arab.

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah.
Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki,
manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam. Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.
Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut.
Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam. Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini. Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundarkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah.

Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas,
"Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam". Syeikhul Islam, Mustafa sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dang mengulingkan baginda. Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris.
Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami."


Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan. Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji. Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendirikan sebuah gedung. Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.

Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin. Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama.

Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidentnya sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M). Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama latifah hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamnya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk.

Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak beliau disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun
1357H (1937M).


mumiajpg.jpg
Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.(tidak diniatkan untuk mengaibkan si mati… tetapi sebagai pengajaran kepada semua manusia termasuk diriku…)

  1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
  3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.
  5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
  17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

  1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
  2. Sakit jantung.
  3. Penyakit darah tinggi.
  4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais didalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang MEGEMBIRAKAN (bukan menyedihkan) , ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.” Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia sendiri.






posted by: FaridR6 \m/ -__- \m/


Thursday, February 25, 2010

Selamat menyambut maulud nabi.

Mmm macam mana kan mempost aaa.. Mun pasal cemani ani inda dpt main kelintong2 ni.. MMMm cemani lah...

BISMILLAHIRRAHMAANNIRRAHIM...

SELAMAT MENYAMBUT MAULUD NABI..

From us.. Nissan Bulldog.. M15x.. FaridR6..

Semoga mendpt syafaat semuanya.. Segala dusa2 di ampun kan.. Segala yang haram2 di tinggalkan.. Segala smua yang bekaitan dgn dusa di hilangkan.. Mudahan semua mendpt pahala.. rezki melimpah ruah.. Hidup aman makmur sampai mati.. Wehehehe Hmm rindu rasanya kan ikut berarak.. Rindu kan mendgr kwn2 becakap.. "KAU JALAN SHORTCART?" "SHORTCART MANA? JALAN STPRI OR JALAN GEREJA?" Rindu mendgr pekataan "SEPANDUK".. Tapi sudah d brunei krg meliat dari talibisin jua ganya tu.. Minum teh tarik sambil kurik idung.. Ramai tah urg brunei beTAKAH DAHI ni (pasal sungkuk).. Wahaha

Wednesday, February 24, 2010

computer oh computer

Ponampalan ada laptop baru tapi ada problem sikit lah...nada idea cmana kn usai so ya tlipun tech support...DIALING....ANSWERED:

Tech support: hello computer tech support here..how can i help u sir/madam?

ponampalan : yeah yeah...

Tech support: speak english or malay sir?

ponampalan: cakap dua2 pun bleh...aku kan setting graphic card laptop tapi nda tau cmana...

Tech support: ok sir, right click on your desktop sir.

ponampalan: OK

Tech support: ada pop up menu?

ponampalan: No.

Tech support: Ok..cuba right click lagi, ada pop menu?

Ponampalan: nada, majal..

Tech support: Ok sir, can u tell me what have u done up until this point?

Ponampalan : ok ok...you told me tdi write click on my desktop...so i wrote " C-L-I-C-K" lah on the top of my desk...

(Right:Write)

Sunday, February 21, 2010

Robot mendeteksi pembohongan.

Pada tahun 2027.. Di kadai runcit seluruh Brunei ada bejual robot pencegah pembohongan. Harga sebiji robot, 24sen sekilo. So ada seorang bapa ani membali 3kilo..

Cara robot ani befungsi, kalau ada urg menipu di tamparnya..

Bapa : Mana anak ku ani alum balik ani?

3minit 20saat selepas atu pun anaknya balik...

Bapa : Kemana kau tadi wang?

Anak : Kemasjid me tadi dad..

PANG!!! Kana tampar anak ani ulih robot atu..

Bapa : nahhh ertinya kau menipu... Kemana kau tadi?

Anak : Ke bank ku tadi bah paaa.. Membaca yasin..

PANG!!! kana tampar anak atu..

Bapa : Behapa kau ke bank?

Anak : Abis usin ku paa.. Iatah tadi ku rumpak bank taib ah...

Bapa : Hmmmm kau ani tah!! cubatah contohi bapa mu ani.. Bapa masa damit mana pernah tu merumpak2 bank atu...

PANG!!!!! Bapa nya kana tampar ulih robot atu.. Suasana pun hening seketika.... Si isteri pun datang...

Mama : Iatah abg atu... Bapak borik anak rintik bah... Walau cemana pun... Anak abg jua bah tu...

PANG!!!!! Si isteri kana tampar ulih robot......

Anak : Tiiiiiiidakkkkk!!!!!!!!!

Toing.

LOL.

Nasib 3 sekawan.


Ada tiga orang kawan ani bernama si bun.. si tak.. si pindik.. Durang ani favorit drg memancing burung dalam utan. Satu hari durang ani sedang2 memancing, kana tangkap ulih puak cannible. Ketua puak atu mengarahkan durang di kurung sambil di ikat pada ari itu juga. Apaan. Beberapa hari selepas kana tangkap..

Ketua puak : Pangill drg menghadap aku! wahahaha

Urg betiga : Tuan.. Tulung lapaskan kami.. Please babe..

Ketua puak : Hari ani kamu kan aku masak satay!! wahahaha Kuah satay tadi dh bebali.. Tapi sataynya alum tebali.. Kami ani miskin kali ahh.. So kamu ku masak!!! AwOOOOO!!!! (stail spartan)

Urg betiga : Tulung kami tuan.. Kami alum kawin sama alum barus gigi lagi..

Ketua puak : Bulihhh dgn syarat.. seorang satu mesti cari buah.. 10 biji sama jenis.. Wahahaha

Urg betiga : Duii malaiku.. Simple like ABC... ok kami cari dulu ahh..

So drg betiga pun bepacah mencari buah masing2.. weheee 32minit selepas atu.. Drg pun balik.. Kecuali si pindik.. heehe Si bun membawa nanas sepuluh biji.. si tak membawa rambutan damit yang alum masak sepuluh biji.

Ketua puak : Syarat yang kedua.. Masukkan buah atu dalam punggung kamu.. Siapa beteriak or bebunyi.. Punggal kepala....

Si Bun.. Baru kepala nanas masuk.. Beteriak tia!! Zoooop Punggal kepala...

Si Tak.. Ulih kerana buah d bawanya damit.. So.. Ia dapat tahan lahh.. Tapii bila sampai buah yang ke sembilan.. Ketawa iaaa!! hahahaha zooooop punggal kepala..

Di alam barzakh.....

Si bun : Eh tak.. kenapa kau ketawa tadi? sayang jua..

Si tak : mana inda ku ketawa yoo.. Aku tenampak si pindik membawa sepuluh biji durian.. Tajam tu yaw....

LOL.

Saturday, February 20, 2010

Happy birthday untuk kawan kami, FaridR6.


Ucapan birthday..

Nissan Bulldog : Farid... U birthday ariani kah?

M15x : Asstaa si bulldog ani.. Ada kah cematu..
Add Image
Nissan Bulldog : Apa salah me??

M15x : Kesalahan..

Nissan Bulldog : Apakaaan... Neway Happy Birthday bro.. Apa2 ani... Santaiii jeeeee

M15x : Yea2.. Happy birthday farid.. Bahh update2... hoho bah liat The Arrival ketani..

Nissan Bulldog : Alum datang...(apakan..)

KAMI DARI PULAU SENTOSA MENGUCAPKAAAAAAANNNNN SELAMAATT HARI RAYAAAA wahahahahahaha Happy birthday geng.... May Allah bless you.

ustat contoh.

Di suatu hari.. Ada sebuah keluarga ani mengadakan satu majlis. Untuk mengetuai majlis itu, anak lelaki kepada keluarga itu pun kana suruh untuk menjemput seorang yang berpengalaman dalam mengetuai sesuatu majlis. So anak lelaki ani pun mencuba mencari ustat... Tapi semua ustat sibuk pasal masa atu musim bunga. Semua ustat2 sibuk sama anak bini drg main facebook.

Tanpa membuang masa anak lelaki atu pun menghubungi seorang kenalan lama bernama ustaz hj burhan bin hj hamdani (nama di rahsiakan LOL)

Anak lelaki : Bro aku ada masalah sikit..

Ustat : U luahkan ja arah me kehh.. me sedia mendgr apa saja luahan u..

Anak lelaki : Aku kana suruh mencari ustat tuk majlis kami.. Tapi masalahnya smua ustat sibuk main facebook.

Ustat : Asteee aku ustat x ahhhh

Anak lelaki : Awu ahhh! bh dtg malam ani kerumah.

Ustat : U mau me pakai R1 or R6?

Anak lelaki : Pakai ducatti saja..


Bila malam menjelma.. Majlis pun di mulakan dgn bacaan doa selamat ulih ustat tadi atu.. Selepas doa............

Bapa lelaki : Ustat doa tolak bala pulang...

Ustat : Bah.. Bismillah.. bla bla bla balaa.....

Selepas doa tulak bala...

Bapa lelaki : Ustat doa hajat lagi....

Ustat : Oraittt... Bismillah... ....................

Panjang ia membaca ustat ani... 5 jam non stop ia membaca... Selepas doa...

Bapa lelaki : Gila atu panjang doa kita atu ustat..

Ustat : Awu semua doa ku masukkan.. Doa masuk keluar jamban.. Doa makan... Doa sebelum tidur.. Doa lapas azan... Doa naik kerita.. Agar kita inda bibiran minta doakan..

Toing..

LOL.


Friday, February 19, 2010

Pik dan Poket

fi yaumi minal ayyamm...dua org penyeluk saku yg sangat professional hebat lagi digeruni...yg bernama Pik dan poket...bejalan2 di KLCC...Si pik tedapat jam mahal tapi nda ya mkai, simpannya sja dalam beg.yatah...tym jalan2 atu malar dikeluarkannya jamnya and liatnya balik2.

Si poket ane ngusut psl c Pik balik2 cek jamnya..mental c Poket...

Poket: "eh napa ko liat balik2 jam mu tu kan?rusak kh?sanak ku.."

Pik: "Aku bukan mliat jam pukul berapa..... sja kan memastikan jam ane nda hilang..."

Poket: "mmmm...(trasa)"

Alasan ke skulah

Di pagi yang hening, maka arakian seorang mama membangunkan anaknya spaya ke skulah..

mamanya:"bngun!...ko kn k skulah lagi ne...aher krg"

Anaknya: "napa ma?nda ku mau ke skulah...",penuh kusut.

mamanya:" bh bagi dua sebab mengapa nda mau ke skulah?

Anaknya: " satu: pasal dorang bancikan aku..dua: smua cigu pun trut bncikan aku.

mamanya: "mmm...nda lojik alasan mu atu, nda dpt diterima...bh bngunth aher udah..get ready"

anaknya: "ok...kita lagi bagi aku dua sebab mengapa aku mesti ke skulah?"

mamanya: "well...one: umurmu 52 tahun...two: kau pengetua skulah!!"

anaknya: "hehehe.."