Khalid al-Walid merupakan jeneral tentera Islam yg sangat digeruni, disegani dan diigaui oleh musuh-musuh Islam ketika itu. Dirinya penuh dengan strategi peperangan yg tidak akan kalah. Andai dia memimpin tentera Islam, dengan izin Allah, kemenangan pasti berpihak pada mereka.
Dalam satu peperangan pada zaman Saidina Umar al-Khattab dilantik menjadi khalifah, perkara pertama yang dilakukan oleh Saidina Umar al-Khattab ketika peperangan tersebut ialah melucutkan jawatan Khalid al-Walid.
Khalid al-Walid dengan senyum, meninggalkan serban yang melambangkan Jeneral Islam, dan diserahkan kepada Abu Ubaidah. Ahli tentera muslim yang lain kurang berpuas hati.
“Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasulullah SAW melucutkan jawatan Khalid al-Walid, siapa Umar untuk melucutkan jawatan jeneral Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?” kata mereka.
Khalid Al Walid masih senyum. “Apakah ada beza aku jeneral dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin.” Tenang beliau menjawab.
Mendengar kata-kata Khalid al-Walid, tentera Islam mendiamkan diri. Tapi hati masih penuh dengan rasa kurang berpuas hati. Lantaran ketidakpuasan hati, perkara tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam.
Saidina Umar hanya senyum pada awalnya. Tapi apabila fitnah semakin panas, dia berkata ,”Aku melucutkan jawatan Khalid Al-Walid kerana aku khuatir kamu akan berlaku syirik.”
“Kenapa pula kami boleh berlaku syirik bawah pimpinan Khalid al-Walid?”
Lantas jawab Saidina Umar, “Kerana aku takut kalian mengatakan kemenangan tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah.”
Sejak peristiwa tersebut, Saidina Umar digelar tobibul qulub.
No comments:
Post a Comment