Monday, June 28, 2010

perbuatan yang mewarisi kepapaan (kemiskinan)

Cuba elakkan daripada melakukan perkara-perkara & adab-adab yg tersebut dibawah ini:

1)Melakukan dosa.

2)Melebihkan tidur lebih-lebih lagi waktu selepas asar mewarisi gila.

3)Tidur bertelanjang tidak menutupi kemaluan.

4) Tidur selepas solat subuh mewarisi kemiskinan.

5)Membiarkan makanan yang jatuh / tidak dibersihkan.

6)Mengeringkan anggota badan(termasuk peluh) dengan tepi kain(pakaian) yang sedang dipakai. Untuk penyelesaian, gunakanlah sapu tangan.

7)Membakar kulit bawang(merah@putih)

8)Menyapu rumah pada malam hari.

9)Meninggalkan sampah pada rumah (tidak dibuang@dibersihkan).

10)Berjalan dihadapan guru (tidak tunduk@hormat).

11)Membasuh tangan dengan tanah.

12)Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya.

13)Meringankan sembahyang. (solat tidak sempurna tanpa kusyuk dan tawaduk).

14)Menjahit pakaian ketika sedang dipakai dibadan.

15)Bersegera keluar dari masjid.

16)Pergi ke pasar pada awal-awal pagi,dan melambatkan kepulangan.

17)Tdak membasuh bekas makanan.

18)Memadam pelita dengan mulut.

19)Menyisir rambut dengan sikat yang patah.

20)Meninggalkan berdoa untuk kedua ibu bapa.

21)Memakai serban ketika duduk.

22)Memakai seluar ketika berdiri.

23)Terlalu boros atau bakhil dalam berbelanja.

24)Membuang kahak ketika qada hajat.

25)Menyapu rumah dengan kain(pakaian).

26)Cungkil gigi dengan pencungkil kayu(gunalah tali).

27)Duduk dibendul rumah.

28)Duduk diantara belahan pintu.

29)Berwudhu ditempat tidur.

30)Makan sesuatu ketika berjunub.

Dipetik dari kitab:
- Taalim Mutaallim (m/s 43)
- kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub (m/s 102) karangan Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantani ,
-syarah Hadis Nabawi bagi Syeikh Jalaluddin As-Suyuti (pengarang tafsir Jalalain).

wallah a'lam..

No comments:

Post a Comment